Sunday, November 16, 2008
Buah Hatiku..
Aku nk berkongsi kegembiraan aku dgn korg semua...Ni gmbr anak buah aku yang pertama. Comel kn..
Amir Hadif namenye..
Walaupon umur nya dh hampir 3 minggu, br skrh aku ada masa nk post gmbr dia...huhuhu
Xsabar aku nk jumpa dia kt klate nanti..InsyaAllah minggu depan aku jumpa dia..
Mari menginsafi diri..
Kita semua tidak terlepas dr melakukan kesilapan... Setiap hari dibelenggu dosa2 yg kita tidak sengaja atau sengaja kita lakukan..
Tp Allah sayang kepada kita kerna memberi kita ruang dan peluang untuk kita bertaubat..
Samada kita sedar atau tidak terpulang la kepada kita..
sama2 la kita amalkan bersama...
"Tepuk dada tanya IMAN"
salam semua..
sbln 2 ni aku sibuk dgn PSM aku n nk cari tempt LI..
kenap la xde rezeki lg aku nih..
orang lain semu dh dpt tmpt, aku n lias jer xdpt lg...
Minggu ni merupakan minggu terakhir aku kat UMP nih.. Ada yang dh balk ke rumah masing2..
Dan ada yg datang balik ke hostel untuk serahkan complete report kt supervisor..
rasa sedih jgk nk tinggalkan UMP ni n kawan2 semua..
tp setiap dr kita ada hala tuju masin2..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan..
ada suka ada duka..
terlalu byk kenangan bersama yg xdpt dilupakan..
semoga semua mendapat keredhaan Allah, InsyaAllah.
Saturday, September 20, 2008
Cinta seperti menunggu bas..
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,
"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan tunggu bas yg lain."
Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan."
Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah
beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain."
Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan
baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...
hAvE A NiCe dAy
Kami tidak berzina !
awak menghampiri zina.
Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya
khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu
menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya
ke lembah penzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis
akan memerangkap kamu.Iblis amat
berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia
telah menipu moyang kita yang pertama,Adam
dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat ,pesanan
Rasulullah:Janganlah engkau bersendirian denga
seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan
(Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus
kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam
telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah
bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang
dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang
pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan
pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan
perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret
kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama
tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia
akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa
kepada perzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun
zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan
peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu
berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu
dengan khayalan berahi dengan kekasih
sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya
adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan
zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga
berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan
Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada
perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita
melalui mana-mana jalan perzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang
pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan
SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah
tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-
hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau
cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh
Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat
lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran
yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi
belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah.
Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi
macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan
Atid.
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study
Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group...? nampak lain macam saja, manja,
senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi.
Takkan study group berdua sahaja? Kemana-
manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group
study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan
macam ni...betul ke bincang pelajaran?
Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran,
yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!
Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak
berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang
sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada
nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah
manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah
manusia.
Kami berdua sama-sama belajar, study group*,
saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan
rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang
boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang
belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang
perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang
dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah
Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan
kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka
kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang,
tak normal namanya. Islam bukan datang
membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam
tidak suruh membunuh naluri seperti yang
dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan
nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri
sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan
itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma
tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.
Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita
sebagai manusia.
Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri
atau nafsu.
Tentu ada cinta secara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan.
Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas
kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang
bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan
Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara,
tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan
sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan
sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang
saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri
kepada penzinaan?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu
perasaan turut terusik. Kemudian perasaan
dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.
Kemudian mencari tempat sunyi sedikit.
Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.
Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan,
duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan,
sekarang macam pengantin baru semalam
bukankah mereka semakin hampir dengan
penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta
telah sampai kepada daerah penzinaan dan
kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang
melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta* tetapi tetap
selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu
kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak
tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya
jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan
kecundang.
Jadi manusia itu tidak tahan diuji?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,
sejak dari awal penciptaan manusia. Allah
takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya
tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah
yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan
pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu
Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan
menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah:
Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di
dalam syurga serta makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu
menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang
yang zalim
(al-Araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah
khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut
nanti mereka akan memakannya. Demikianlah
dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan
dengan godaan zina, kedua-duanya akan
kecundang.Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita
tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta
adalah untuk mengenal hati budi pasangan
sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa
sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan
yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-
masing akan berlakon dengan watak terbaik.
Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-
bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk.
Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada
yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan
tertipu dengan keperibadian pasangan semasa
bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam
langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang
amat penyayang, penyabar, sabar tunggu
pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila
dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.
Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh
dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau
hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang
kebahagian hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak
mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah
anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang
terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia.
Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah
yang menganugerahkannya.
Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu,
jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai
Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga
mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu
prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak
meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah
adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk
mendapat keluarga yang bahagia jika langkah
mula sudahpun canggung, bagaimana
kesudahannya?
Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang
angkat boleh ke? Ganti bercinta
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan.
Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas
baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang
angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan
syaitan. Manusia yang terlibat dengan
budaya angkat ini sebenarnya telah masuk
dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa
untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun,
abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah
sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang
maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh
manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang
sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang
yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya.
Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak
mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan
mengatakan orang yang bercinta sudah tidak
bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci.
Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah
ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta* hilang maruah?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya.
Orang yang bercinta seolah-olah cuba
menggadaikan maruahnya kerana mereka
menghampiri perzinaan. Manakala orang yang
bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin
kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah
berfirman:
Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin
berkahwin melainkan dengan perempuan yang
berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan
yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan
melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki
musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu
terlarang kepada orang-orang yang beriman.
(Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta
juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang
yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu
penghinaan dari Tuhan.
Jadi orang yang bercinta* hanya layak berkahwin
dengan orang yang pernah bercinta* juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah
janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap
pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang
keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.
Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang
sehingga menjadi pepatah.
Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang
penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki,
apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai
isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-
anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.
Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki
biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan.
Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta*, jatuh maruahnya
pada pandangan lelaki? *(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka
pada barang yang second hand sedangkan
barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang
diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang
yang boleh test drive. Ada pula yang kata;
sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap
bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan.
Itulah hakikatnya.
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman
ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan
ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka
kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang
memelihara kehormatannya (yang memelihara
dirinya dari melakukan zina)... Allah telah
menyediakan bagi mereka segala keampunan dan
pahala yang besar.
(Surah Al-Ahzab: 35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan
taubat nasuha. Berdoalah serta mohon
keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan
kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah
bagaimana taubat nasuha.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-
benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan
hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk
hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan
bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan
seseorang yang bernama isteri atau
suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan.
Ampunilah dosa-dosa hambamu ini.
Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan
penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku
untuk menghadapi godaan keremajaan ini.
Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada
maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia.
Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga
diriku sedari kecil dengan kasih sayang.
Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa
Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubat
mu.
Kita berpisah kerana Allah , kalau ada
jodoh ,tidak kemana!
YaAllah bantulah mereka .Kini mereka datang
kepintuMu mencari redha-Mu. Terimalah taubat
mereka.
Thursday, September 18, 2008
Wednesday, September 17, 2008
Satu lagi kecuaian kerajaan Be End...
Kerajaan Pahang diperintah bayar RM60 juta kepada syarikat pembalakan
PUTRAJAYA 17 Sept. — Kerajaan Pahang hari ini diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.
Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara’ai Alias,
“bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan.” Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lepas yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan.
Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Dis 2000 sehingga selesai pembayaran.
Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Jan 1998, diguna pakai. - Bernama
Disebabkan kecuaian, kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat untuk membayar saman sebyk RM60 juta (byk tuuu!!) kepada sebuah syarikat pembalakan. Dengan wang sebyk itu, byk projek rakyat dalam dilakukan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri patut mengundur diri kerana gagal mentadbir sesebuah negeri dgn baik.
SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat
KOTA KINABALU 17 Sept. - Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini.
Parti tersebut bagaimanapun tidak akan menyertai pakatan pembangkang dan bertindak sebagai sebuah parti bebas.
Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan berkata, meskipun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu, MT parti telah mencapai suara majoriti.
``Saya sendiri tidak tahu kedudukan saya dalam kerajaan negeri berikutan keputusan itu,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.
Beliau bertindak keluar awal daripada mesyuarat tersebut kerana kecewa dengan keputusan parti.
SAPP mempunyai dua ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan.
Selain Tan, seorang ADUN dilantik sebagai pembantu menteri, seorang lagi MT SAPP turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN. - Utusan
Abdullah serah kuasa, Najib kini Menteri Kewangan
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melepaskan jawatan Menteri Kewangan dan menyerahkannya kepada Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Bernama melaporkan,Abdullah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib.
Abdullah memberitahu sidang akhbar tengah hari ini bahawa pertukaran portfolio tersebut berkuatkuasa serta merta.
Perdana menteri yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.
Kedua-dua juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.
Bagaimanapun, kata Abdullah, beliau mungkin bersara lebih awal daripada tahun 2010 bergantung kepada prestasi Najib.Tukar Kerajaan..
Dalam pada itu, DSAI menjelaskan bahwa beliau memberi masa untuk PM berbincang dgn PR berhubung dgn peralihan kuasa supaya dilakukan dgn aman dan demokratik. 16 september adalah suatu tarikh permulaan sahaja,tetapi peralihan kuasa pasti akan berlaku sedikit masa lg.
Pada masa ini,kabinet PM dalam keadaan kucar kacir. Perselisihan yang berlaku sehingga kepada perletakan jawatan menunjukkan kerajaan sekarang mengalami pergolakan dalaman dan ini pasti menjejaskan kredibiliti kerajaan Be End. Pemilihan jemaah menteri yg dibuat PM menunjukkan yg beliau tidak boleh menjadi pemimpin bg sesebuah negara. Tengoklah skrg, ramai menteri tidak sehaluan dgn PM. Bertelagah sesama sendiri. Tidak seperti zaman Dr M dulu (aku pun xsuka both leader nih). Adakah PM sendiri yg memilih mereka atau org lain (KJ)??
Jadi, peralihan kuasa akn berlaku jgk. Cuma menunggu pengumuman drpd DSAI saja. Jika ini berlaku, pastinya rakyat dapat menuntut janji yang dibuat oleh DSAI sebelum ini. Iaitu penurunan hara minyak sebyk 50 sen sbgi permulaan. (bila la kerajaan Be End nk turunkan harga minyak???)...
Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan: Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, dibawahnya Syaitan/Jin Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."
Thursday, September 11, 2008
Kenyataan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan
Sila lihat di sini..“Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.
Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”
Hadis Palsu Rejab, Syaaban dan Ramadhan...
Rasulullah saw bersabda:
“…Bulan Rejab adalah bulan Allah, saya’ban adalah bulanku, dan
Ramadhan adalah bulan umatku…”(Mafatihul Jinan, bab 2, saya’ban)
Ia adalah hadith PALSU!!
??? ??? ????? ?????? ????? ?????? ??? ????
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Awasilah sahabat-sahabatku, dalam kita nak berkongsi fadhilat ramadhan sekalipun, janganlah sampai sumber tidak sahih menjadi panduan kita. Rasulullah pernah memberi amaran kepada kita mengenai hal ini:
??? ?????????? ??????? ????????? ???? ?????? ??????? ?????????? ????????
“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.” Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)
Waspada!!
Mufti Perlis, Dr. Asri jgk menjelaskan bahawa hadis di atas adalah palsu. Sama2 kita ambk iktibar....
Sila klik di sini..
Pantun
Qiamullail
Mukaddimah
Fizikal, intelek, emosi dan rohani merupakan aspek utama dalam diri setiap insan. Fizikal dibina dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Akal pula dibina dengan menuntut ilmu. Manakala emosi pula dibina dengan mendidik dan membentuk hati supaya tergolong dalam kriteria mahmudah dan dijauhkan daripada sifat mazmudah. Rohani pula dapat dibina dengan memperbanyakkan Ibadan ruhiyyah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Oleh itu Qiamullail merupakan salah satu cara membina rohani yang mantap dan seterusnya menjadi penjana jati diri setiap mukmin. Usaha ini tentunya memerlukan azam, kekuatan, ketabahan dan pengorbanan kerana nafsu, iblis dan tenteranya sentiasa berusaha memenuhi ruang dan peluang yang ada.
Pengertian
Qiamullail ialah bangun pada waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
Sejarah Qiamullail
Pada awalnya qiamullail wajib bagi Rasulullah dan para sahabat. (Lihat surah al-Muzammil 1-10). Namun setelah setahun disyariatkan amalan itu menjadi sunat muakkad bagi setiap Amat Islam. Namur ia tetap wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. (lihat surah al-Muzammil 20)
Hikmah Qiamullail
-Meningkatkan keimanan individu
-Meninggikan darjat di sisi Allah
-Dapat beribadah dengan lebih khusyuk
-Mendidik jiwa bersyukur dengan nikmat kesihatan dan nikmat waktu malam yang tenang
-Melatih diri menjadi insan bertakwa
-Melatih diri memperbanyakkan amalan sunat
-Mendidik jiwa melawan nafsu dan syaitan
-Menyedari bahawa manusia dicipta untuk beribadah
-Melatih diri mengharap keredhaan Allah
-Memberi ketenangan jiwa (emosi)
-Memberi kesihatan(fizikal)
-Menajamkan akal fikiran
-Meneguhkan kekuatan rohani
-Menambahkan rasa kekerdilan di sisi Allah dan bertawakkal kepada-Nya
-Melatih diri bersikap khauf(takut) dan roja’(berharap)kepada Allah
-Dan lain-lain lagi hikmah ganjaran Allah untuk hamba-Nya yang ikhlas dan istiqamah
Kelebihan Qiamullail
-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki
-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).
Waktu-Waktu Qiamullail
Waktu untuk solat malam ialah selepas Isya’ sehingga sebelum masuk Subuh. Bagi solat Tahajjud, kita digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling utama ialah sepertiga malam terakhir.
”Puasa yang lebih disukai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang disukai oleh Allah ialah solat Nabi Daud. Baginda tidur pertengahan malam, bangun sepertiganya (solat) lalu tidur seperenamnya. Baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
H.R. Jamaah selain At-Tirmizi
Panduan Bangun Awal
-Makan malam awal (sebelum Maghrib) dan tidak makan makanan yang berta selepas waktu Isya’.
-Tidak bekerja terlalu penat pada waktu siang
-Elakkan diri daripada melakukan maksiat
-Berniat ikhlas mengharap keredhaan Allah
-Membaca tiga ayat terakhir surah al-Kahfi dan niatkan dalam hati agar dapat bangun pada waktu yang diniatkan
-Mematuhi adab-adab tidur
Adab-adab Qiamullail
-Berniat sebelum tidur untuk Qiamullail
”Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.”
H.R. an-Nasai dan Ibn-Majah
Sanad Dahih dairpada Abu Darda’ R.A.
-Tidur mengikut adab-adab yang digariskan
-Berdoa, bersuci, bersugi, berwudu’ dan memakai pakaian bersih setelah bangun daripada tidur.
-Keluar dan memandang ke langit lalu berdoa(rujuk buku panduan Qiamullail) dan membaca sepuluh ayat terakhir surah Ali-Imran.
-Memulakan solat malam dengan solat dua rakaat yang ringan, selepas itu solatlah seberapa banyak yang disukai.
-Membangunkan dan mengajak ahli keluarga dan rakan-rakan turut serta berqiamullail.
”Apabila seseorang membangunkan isterinya di malam hari lalu kedua-duanya bersolat/bersolat dua rakaat bersama-sama, ditulislah baginya dalam golongan orang-orang yang mengingati Allah.”
H.R. Abu Daud
Sanad Sahih drpd Abu Hurairah R.A.
-Menghentikan solat dan tidur apabila mengantuk dan teruskan apabila hilang perasaan mengantuk.
-Beribadah sekadar yang mampu lalu dikekalkan (istiqamah) dan jangan ditinggal kecuali darurat.
-Muhasabah diri berkenaan amalan dan perjalanan hidup kita sepanjang hari.
Amalan-amalan sunat ketika Qiamullail
-Solat sunat Tahajjud
”dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam dan kerjakanlah solat tahajjud sebagai solat tambahan bagimu. Semoga tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari qiamat di tempat yang terpuji.”
Al-Isra’ 79
”Sebaik-baik solat selain daripada solat fardhu ialah solat malam”
H.R. Muslim
-Solat sunat tasbih, taubat, istikharah, hajat, mengqada’ solat fardhu, solat mutlak dan solat sunat yang lain.
-Solat witir
-Berzikir, bertasbih dan bertahmid
-Membaca al-Quran
-Dan amalan-amalan lain seperti muhasabah dan memikirkan keagungan dan kekuasaan Allah.
Penutup
Qiamullail merupakan sunnah Nabi, amalan para shiddiqin, orang-orang soleh dan golongan yang mengakui kehinaannya di sisi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang dan sebaik-baik ganjaran, nikmat dan rezeki hanyalah Allah S.W.T.
Adakah kita tidak menyedari keutamaan mencontohi sunnah Rasulullah S.A.W? Adakah kita lupa kadar peratusan dosa dan maksiat yang tidak terhingga banyaknya dalam buku catatan di kiri dan kanan kita? Adakah amalan kita sudah mengatasi amalan para ’abid yang bermujahadah dengan ibadah malam mereka? Adakah kita lupa bahawa hanya amalan dan taqwa yang menjadi bekalan pada masa yang telah dijanjikan itu?... ... .
Marilah kita bersama-sama berusaha mempertingkatkan keilmuan, keimanan, ketaqwaan dan amalan kita agar kita sentiasa di bawah perlindungan dan inayah Allah S.W.T. dan seterusnya menghayati dan merealisasikan wawasan khoiru ummah dan menjadi khalifah yang menepati segala amanah yang dipikul..Masa depan agama bangsa dan negara di tangan kita... ... ..dan generasi yang akan datang merupakan amanah kepada kita...
Dan mampukah kita menjawab di hadapan Allah tentang keburukan, kemungkaran, kemaksiatan dan kelemahan yang diwariskan kepada generasi akan datang, yang mana kita turut mendapat bahagian dalam saham yang besar nilainya ini? Fikirkan dengan mata hati yang sentiasa dilimpahi nur Ilahi..
Harga Minyak Dunia dibawah US$100..
Skrg ape tindakan kerajaan? Harga minyak dunia dah turun, jd turunlah harga minyak kt Malaysia...Kerajaan tiada alasan lg...Xle berdalih lg...
Wednesday, September 10, 2008
UMP akan menerima pelajar dr Tanah Besar China..
Weekend lps (6 & 7 sep),aku kena attend bengkel softskill 2. Walaupun borin tp byk benda-benda baru yang aku dpt, terutamanya semasa LI nanti. Semasa slot EI (emotional intelligent), Ust Helmi bagitau bahwa UMP akan menerima pelajar dr China seramai 60 org. Meraka dijangka akan tiba di sini seawal2nya bulan Dis ni dan selewat2nya bulan jan tahun depan. Mereka akan menjalani program itensif untuk mempelajari BI(Bi diorg lemah sgt) selama 6 bulan di sini, seblm mendaftar masuk ke program masing2 dan akan diMINDSkan skali dgn pelajar baru. (Lps ni fasi MINDS kena speaking la dpn pelajer2 baru. kalu bahasa, pelajar2 china ni x faham la...)
Bg aku langkah ini(kemasukan pelajar2 asing) adalah sebagai permulaan untuk menjadi UMP sebagai universiti bertaraf dunia. InsyaAllah...
Tahniah...
[aku menyampaikan apa yg Ust Helmi bgtau dlm bengkel softskill jer]
wasslam...
AKU HAMBAMU YANG LEMAH…...
AKU HAMBAMU YANG LEMAH…
KENAPA AKU DIUJI???
“Apakah manusia itu mengira bahawa meraka dibiarkan saja menyatakan: “kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak menguji ? dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 ynag benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” –Surah Al –Ankabut: ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN???
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al- Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI???
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” – surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST???
“janganlah kamu bersiakp lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yang beriman.” –Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMAN HARUS AKU MENGHADAPINYA??
“wahai org2 yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medanperjuangan dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).” –Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kedapa Allah) dengan ajaran sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk” –Surah Al-Baqarah
ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI??
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’mim,diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka…” –Surah At – Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.” -Surah At-Taubah ayat 129
Saturday, September 6, 2008
16 September
Keretakan dlm BN??
Parti Gerakan pula akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya parti-parti komponennya terutama UMNO, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Berita terkini melaporkan Pemuda MIC menggesa kepimpinan parti mempertimbangkan keluar daripada BN sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.
Dgn kejadian2 sebegini, dimanakah kesepakatan dlm komponen BN seperti yg diwar-warkan oleh PM dan TPM. Keretakan ini berpunca dari sikap pemimpin UMNO yg tidak berubah sebagaimana yg dikatakan oleh pemimpin2 PAS dan PR. Pak Lah tidak berupaya lagi untuk mengawal anak buah lg. (isteri sdiri pun xtutup aurat,mcm mn nk kawal org lain). Bg aku la, parti yg memperjuangkan bangsa (UMNO) tidak akan kekal lama berbanding parti yg memperjuangkan agama (PAS). Adakah BN akan dpt bertahan ataupun akan berpecah disebabkan keangkuhan pemimpin UMNO?
Penyakit kentut
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya... kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.
Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu... , dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."
Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."
Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali.
"Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap... tapi baunya sangat busuk."
Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang, mari saya periksa telinga makcik."
Friday, September 5, 2008
Walimatul Urus Shuhairy & Mustika: Tahniah!
Gambar2 semasa majlis tersebut...
Ramai juga warga UMP yang menghadiri majlis ini.
Thursday, September 4, 2008
Harga Minyak Turun?
Tiket Balik Raya Cukup
USM Dipilih Universiti APEX Pertama
Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada institusi pengajian tinggi tempatan untuk menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi. Universiti akan diberi autonomi dan peruntukan untul melaksanakan pelan Apex.
Bila agaknya UMP dipilih universiti Apex? Ataupun akan terus menjadi world class competency-based technical university tanpa dipilih sbgi universiti Apex. Sama2 lah kita tunggu. Ape2 pun Tahniah kepada USM, semoga tercapai hasrat kerajaan untuk melahirkan IPTA bertaraf dunia suatu hari nanti.
Pemberian Tanah 400 hektar oleh Kerajan Perak Kepada Sekolah2 Cina
Jemaah Di Masjid UMP
Fikirkanlah wahai sahabat2 ku. Aku tulis semua ni pengingatan kepada diriku yang dhaif ini dan kepada pembaca2 sekalian. Renung2kan lah. Sekarang ini kita berada di akhir zaman.
TEPUK DADA TANYA IMAN.
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali orang2 beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran" Surah al-Asr.
Tokoh wartawan, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Hrkh) - Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang tadi kerana jangkitan paru-paru.
Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.
Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.
Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.
Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar. - mks.Sama-sama la kita dermakan al-Fatihah kepada allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin
Promosi Hebat Sempena Ramadhan!!!
Orang yang wajib imsak
* Orang yang meninggalkan puasanya dengan sengaja.
* Orang yang meninggalkan berniat puasa pada waktu malamnya.
* Orang yang kesiangan pada makan sahurnya.
* Orang yang berbuka kerana menyangkakan masuk matahari rupa-rupanya masih siang.
* Orang yang menyangkakan 30 Sya'ban, kemudian ia mengetahui telah masuk satu ramadhan.
* Orang yang berlebih-lebihan pada berkumur-kumur dan masuk air ke dalam hidungnya.
Orang-orang yang tidak wajib imsak:
* Kanak-kanak yang hampir baligh.
* Orang gila ketika sembuh.
* Orang kafir pada ketika masuk Islam.
* Orang yang dalam perjalanan (musafir) ketika sampai ke tempat yang dituju.
* Orang yang sakit pada ketika sembuh.
Wednesday, September 3, 2008
Tazkirah warnai Ramadan di Kelantan
KOTA BHARU, 3 Sept (Hrkh) - Pemimpin kerajaan Kelantan, pegawai dan kakitangannya di Kota Darulnaim memulakan 1 Ramadan lalu dengan tazkirah seawal jam 8 pagi yang disampaikan Menteri Besar.
Kemudian pada 12 tengahari tazkirah diadakan pula di Masjid Kota Darulnaim yang juga disampaikan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.Bagaimanapun pada sebelah petang Menteri Besar mendengar takzirah disampaikan Mudir Pondok Sungai Durian, Dr Abdul Basit Abdul Rahman.
Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Aiseri, anggota-anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri.
Dr Abdul Basit berkata, Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat.
"Ramadan diambil dari makna musim panas. Nabi Muhammad saw memanggilnya sebagai bulan Ramadan. Kita digalak menganjurkan majlis berbuka puasa terutamanya untuk fakir miskin dan mereka yang kurang berkemampuan," ujar beliau.
Pada majlis tersebut 30 anak yatim dari Asrama Bakti Batu 25, Machang diraikan pihak penganjur iaitu Jabatan Integriti Negeri Kelantan. - mj _
Faedah wuduk dari sudut kesihatan
1)Mengembalikan kecerdasan badan dan akal, menggerakkan hati dan memperkuatkan pergerakan pernafasan.
2)Badan yang sihat dari jiwa yang tenteram. Orang yang mengekalkan wuduk berjiwa tenteram, tidak mudah marah. Dengannya menjauhkan dia daripada sebarang penyakit kerana penyakit berpunca daripada perut ( hati ).
3)Dengan menyedut air bersih ke dalam hidung, ia dapat membersihkan lubang hidung yang menjadi laluan pernafasan. Ia penting untuk mengelak daripada jangkitan kuman.
4)Membasuh muka, telinga dan tangan boleh mengelakkan seseorang itu daripada sebarang penyekit kulit atau penyakit yang dibawa oleh bakteria.
5)Sentiasa bersih dalam wuduk akan mencerahkan dan memudahkan menghafaz.
Wallahualam...
6 perkara sempurnakan puasa
1. Menundukkan pandangan dan menahan daripada melihat perkara tercela dan dibenci oleh syariat serta daripada segala perkara yang boleh mengganggu dan melalaikan hati daripada mengingati Allah.
2. Memelihara lidah daripada menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat dan dusta. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, banyak berzikir dan membaca al-Quran.
3. Menahan daripada mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan, haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya bermaksud:
�Mereka itu adalah orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram.� (al-Maidah:42)
4. Menahan anggota badan daripada melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki daripada perkara yang dilarang dan menahan perut daripada perkara syubhah ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahan daripada makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.
5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan terbabit. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah daripada perut yang penuh dengan makanan halal.
Bagaimana boleh seseorang itu mematahkan keinginan syahwatnya dan menewaskan musuhnya sedangkan apabila berbuka dia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika berpuasa.
6. Hendaklah timbul di dalam hatinya perasaan takut dan pengharapan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya atau puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang celaka.
Wallahualam..
Gmbr MPV Proton????
kisah air tin
kadi tanye kat pompuan tu... . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab... "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."
si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... .
kadi pun tanye si jantan... "hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah... sama le kes ni pun. Kan tuan... kan... kan "
P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling ... hehehehehhe "