Wednesday, September 17, 2008

SAPP umum keluar BN tetapi tidak sertai Pakatan Rakyat

17/09/2008 4:59pm

KOTA KINABALU 17 Sept. - Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini.

Parti tersebut bagaimanapun tidak akan menyertai pakatan pembangkang dan bertindak sebagai sebuah parti bebas.

Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan berkata, meskipun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu, MT parti telah mencapai suara majoriti.

``Saya sendiri tidak tahu kedudukan saya dalam kerajaan negeri berikutan keputusan itu,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Beliau bertindak keluar awal daripada mesyuarat tersebut kerana kecewa dengan keputusan parti.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan.

Selain Tan, seorang ADUN dilantik sebagai pembantu menteri, seorang lagi MT SAPP turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN. - Utusan

No comments:

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter