Wednesday, September 17, 2008

Satu lagi kecuaian kerajaan Be End...

Kerajaan Pahang diperintah bayar RM60 juta kepada syarikat pembalakan

17/09/2008 4:39pm

PUTRAJAYA 17 Sept. — Kerajaan Pahang hari ini diperintahkan membayar RM60 juta kepada sebuah syarikat pembalakan selepas gagal dalam usaha terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman dan Datuk Abdul Aziz Mohamed sebulat suara menolak permohonan kebenaran untuk merayu oleh kerajaan negeri dan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang.

Hakim Malanjum berkata persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh kerajaan Pahang, yang diwakili Penasihat Undang-undang Datuk Mat Zara’ai Alias,

“bukanlah satu persoalan yang wajar dan ia dibangkitkan di Mahkamah Rayuan.” Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri telah memohon kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 3 Ogos lepas yang menolak rayuan mereka untuk melanjutkan masa bagi memfailkan notis rayuan.

Notis rayuan itu adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 yang memerintahkan mereka membayar RM37,127,471.60 kepada Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd dengan faedah pada kadar 8 peratus setahun mulai 31 Dis 2000 sehingga selesai pembayaran.

Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka membayar jumlah itu kepada Seruan Gemilang setelah berpuas hati bahawa Pengarah Perhutanan Negeri telah bertindak secara cuai apabila enggan mengguna pakai pelan terkini yang dikemukakan oleh Seruan Gemilang yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) pada 5 April 2000, sebaliknya mengarahkan pelan asal yang diluluskan oleh exco pada 7 Jan 1998, diguna pakai. - Bernama


Disebabkan kecuaian, kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat untuk membayar saman sebyk RM60 juta (byk tuuu!!) kepada sebuah syarikat pembalakan. Dengan wang sebyk itu, byk projek rakyat dalam dilakukan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri patut mengundur diri kerana gagal mentadbir sesebuah negeri dgn baik.

No comments:

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter