Thursday, September 4, 2008

Pemberian Tanah 400 hektar oleh Kerajan Perak Kepada Sekolah2 Cina

Baru2 ni heboh di media tempatan dgn pemberian tanah 400 hektar oleh kerajaan negeri Perak kepada sekolah cina. Utusan Malaysia telah mempertikaikan kekrebilitian MB Perak yang telah dipersetujui oleh Adun PR Perak. Persoalannya, mengapa akbar tempatan tidak menyiarkan selengkapnya laporan tersebut? Patutkah MB perak shj dipersalahkan?. "UMNO Selangor mengingatkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin supaya tidak terlalu mengikut telunjuk mana-mana pihak dalam membuat sebarang keputusan membabitkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam", petikan Utusan Malaysia. Utusan Malaysia melaporkan lagi bahwa, MB Perak hanyalah boneka kepada parti dan beliau tepaksa akur jika mahu kekalkan kuasa beliau. Bagaimanapun, harakahdaily melaporkan, pemberian 400 hektar kepada sekolah cina adalah atas dasar PAJAKAN selama 30 tahun. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tanah tersebut akan diusahakan dengan tanaman Kelapa sawit dimana dalam jangka masa lima tahun akan memulakan pengeluaran hasil, maka bantuan RM30,000 setahun itu akan diberhentikan. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak juga sedang mengenal pasti tanah untuk Sekolah-Sekolah Agama Rakyat bagi tujuan yang sama dan akan di umumkan sedikit masa lagi.

No comments:

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter