Thursday, September 4, 2008

Tokoh wartawan, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Hrkh) - Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang tadi kerana jangkitan paru-paru.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat esok, menurut menantunya Azmi Ansar. - mks.

Sama-sama la kita dermakan al-Fatihah kepada allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Amin

No comments:

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter