Thursday, September 11, 2008

Hadis Palsu Rejab, Syaaban dan Ramadhan...

Bersiap-siap menghadapi bulan sya’ban

Rasulullah saw bersabda:

“…Bulan Rejab adalah bulan Allah, saya’ban adalah bulanku, dan
Ramadhan adalah bulan umatku…”(Mafatihul Jinan, bab 2, saya’ban)


Ia adalah hadith PALSU!!

??? ??? ????? ?????? ????? ?????? ??? ????

“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.

Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).

Awasilah sahabat-sahabatku, dalam kita nak berkongsi fadhilat ramadhan sekalipun, janganlah sampai sumber tidak sahih menjadi panduan kita. Rasulullah pernah memberi amaran kepada kita mengenai hal ini:

??? ?????????? ??????? ????????? ???? ?????? ??????? ?????????? ????????

“Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.” Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.

Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

Waspada!!

Mufti Perlis, Dr. Asri jgk menjelaskan bahawa hadis di atas adalah palsu. Sama2 kita ambk iktibar....
Sila klik di sini..

No comments:

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter