Saturday, September 6, 2008

Keretakan dlm BN??

Surat khabar hari ini(aku baca Utusan Online td), rata2 melaporkan keretakan dalam parti2 komponen BN. Kita mulakan dulu dgn UMNO. 2 hari lepas PM kita menyarankan Datuk Ahmad Ismail untuk memohon maaf secara terbuka kerana kenyataan beliau semasa berkempen di Permatang Pauh. Tetapi, semalam beliau bersama2 12 lg UMNO cawangan akan mempertahankan kenyataan yg dibuat oleh beliau tempoh hari. Secara mudahnye, ini menunjukkan keputusan Pak Lah sebagai Presiden parti supaya Datuk Ahmad memohon maaf tidak diikuti. TPM pula menyatakan bahawa kenyataan Ahmad merupakan kenyataan peribadi. Tetapi, Ahmad mendapat sokongan daripada semua 13 UMNO cawangan P.Pinang.
Parti Gerakan pula akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya parti-parti komponennya terutama UMNO, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Berita terkini melaporkan Pemuda MIC menggesa kepimpinan parti mempertimbangkan keluar daripada BN sekiranya para pemimpin UMNO, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.
Dgn kejadian2 sebegini, dimanakah kesepakatan dlm komponen BN seperti yg diwar-warkan oleh PM dan TPM. Keretakan ini berpunca dari sikap pemimpin UMNO yg tidak berubah sebagaimana yg dikatakan oleh pemimpin2 PAS dan PR. Pak Lah tidak berupaya lagi untuk mengawal anak buah lg. (isteri sdiri pun xtutup aurat,mcm mn nk kawal org lain). Bg aku la, parti yg memperjuangkan bangsa (UMNO) tidak akan kekal lama berbanding parti yg memperjuangkan agama (PAS). Adakah BN akan dpt bertahan ataupun akan berpecah disebabkan keangkuhan pemimpin UMNO?

8 comments:

Anonymous said...

PAS nk buat negara islam.. ada kah PAS menpunyai role model ke arah itu?. pada zaman DRM malaysia diangap negara islam contoh dan menjadi rujukan oleh negara islam lain dn negara dunia -3 lain.

tapi Pak LAh dh merosakkn smuanya. mekasih bedolah..

Anonymous said...

yezza that correct..pas masih terlalu muda..perjuangan pas skrg samar2 kerana pas adalah parti ketiga dalam pakatan rakyat..pas kena ikut pkr dlu..

Anonymous said...

Isu pakai tudung adalah isu peribadi sebenarnya...mmg la berdosa buka aurat,dan pak lah menanggung dosa itu.Itu pun sekiranya pak lah tidak menegur isteri dia. Kalo dh tegur,dia x mo pakai jugak x kan nak p tampar2 plak?dh la muallaf member tu. Namun di igtkan bahawa ia bukan isu negara...x wajar komersialize isu pakai tudung isteri dia...dengan kepimpinan negara.

Anonymous said...

datuk ahmad ismail perlu minta maap demi kesejhteraan kaum di masia. aku sedih dgn komen DRM akan hal nih. beliau menbanding kn seorng senator dgn bdak (yg nyayi lagu negara versi rap). menpersoal tindakan najib.

kenyataan pendatang tidak wajar same skali. mmg la kita kita nk bela melayu.. tp mereka ada hak jgak sbagai rakyat msia. pernah anda trfikir, smpai bila kite kena pertahan hak org melayu..? mcm mne perpaduan nk berlaku jika ada double standard pada kaum yg berbeza..?

Mr Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kita perlu sedar perpaduan kaum ada lah seperti bom jangka. kalo tidak di jaga dgn baik.. boleh peristiwa 13 mei mungkin berulang. persolannya bgaimana perpaduan bole dibentuk jika hak kaum tidak sama rata?

hak keistimewaan melayu tidak bole digugat.. selagi org melayu tidak bole berdiri di ats kaki sendiri. duduk sama rndah, brdiri sama tingi dgn kaum lain. tapi bile org melayu nk maju..? adakah hak2 ini menjadikn kita lemah..?

Mr Hafiz said...

Org melayu boleh idup tanpa hak istimewa pun btul tu, tp dapatkah org melayu maju sekiranya hak istimewa tiada? dengan betapa banyak hak istimewa yang ada sekarang pun kita masih belum menguasai ekonomi. Sedangkan kita kaum majoriti..dan kaum asal..dengan tiada hak istimewa adekah saudara yakin kita akan lebih maju dan berdaya saing? ataupun kita makin ketinggalan? Jangan sampai warisan bumi dipijak milik orang saudara..itu berlaku di indonesia..


bulih tuk tarik hak istimewa tp dengan cara halus...pelan2 kayuh..bukannya kerajaan x buat..buat..tp sket2..10% sana sini..tengok sentimen..tgk ekonomi..

Nyanyian lagu ANAK KECIL MAIN API...They start singing..its the call..


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kini cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Ulang Chorus
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Mr Hafiz said...

menjawab kepada perpaduan..perpaduan terhasil apa bila semua pihak bertolak ansur dan mengetepikan kepentingan sendiri demi keharmonian dan kesejahteraan semua pihak..
saudara yakin kah dengan hujah saudara dapat membawa kepada orang melayu selain saudara bertolak ansur dengan hal keistimewaan orang melayu?
jawapannya tidak..kemudian akan wujud 2 golongan..yang sokong hak istimewa dan yg kununnya nak bg sama rata.. benda ni yang melemahkan kita.. kalo sumer ckp nak hak istimewa org pun x de punya nak soal2.. benda yg dh dlm pelembagaan..

Topblogs @ iLuvislam Free Hit Counter